Ahlan Wasahlan


Sunday, March 6, 2011

Hati..


Hatiku..

Aku cari,
Ketenangan Hati,
Hati yang suci,
Sesuci hati nurani..

Aku cari,
Hati yang bersih,
Warnanya seputih salji,
Hati yang selembut sutera,

Aku cari,
Hati yang tidak ada hasad dengki,
Di dalamnya,
Terpancar nur dari Illahi,
Berkilau-kilau bak cahaya matahari..

Aku cari,
Hati yang menyayangi dan merindui illahi,
Yang ikhlas mencintai Allah dan Rasul yang disanjungi,
Yang bentuknya seperti hati seorang bayi..

Aku cari,
Hati yang berzikir pada Illahi,
Yang sentiasa membantu diri menuju Illahi,
Yang menemani iman pada diri..

Aku cari,
Hati yang sentiasa tenang,
Tabah menghadapi segala ujian dan dugaan pada diri,
Hati yang menganggap ujian sebagai langkah peningkatan kehidupan,
Hati yang sentiasa positifkan diri,
Hati yang tidak termakan dengan godaan syaitan yang keji..

Ku harap Hatiku seputih salji,
Seharum bunga kasturi,
Sewangi sabun “downy”,
Seindah Taman Syurgawi…


Kerna..
Hati merupakan kamar yang penting dalam diri..
Hati adalah ketua pada diri,
Hati yang bersih menuju jalan Illahi…


Bak kata iklan:
“Pakaian yang kotor boleh dicuci, Tapi hati yang suci sukar dicari..”

Hatiku sentiasa berusaha untuk tenang… kerana Allah berfirman:

“..ingatlah, hanya dengan mengingati Allah,hatikan menjadi tenang..” (Ar-Ra’d:28)

So.. aku sentiasa berusaha untuk mengingatiNya… wahai hati.. peliharalah aku..


cetusan hati,
Nurul Azwa Jamil





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...