Ahlan Wasahlan


Friday, February 25, 2011

Indahnya Kehidupan..


INDAHNYA KEHIDUPAN…..
Kehidupan adalah sesuatu yang tidak dapatku jangkakan. Walaupun kadang-kadang kita rancang yang terbaik,….tetapi kadang-kadang yang dirancang tak jadi..Tapi yang tak dijangka berlaku. Sungguh indah hidup.. kadang-kadang aku terfikir, terajisnya hidup..Kadang-kadang apa yang diinginkan tak dapat..tapi,apa yang tak mahu diperolehi.. Itulah corak kehidupan…Dihiasi dengan bunga-bunga kenangan.. Pahit manis yang dialami tetap kekal dalam memori..

Indahnya zaman kanak-kanak.. Bila terkenang kembali..Tersenyum sendiri..Saat bermain bersama rakan-rakan..Ketika dibelai oleh insan-insan tersayang…yg bergelar ayah dan ibu..Ketika memanjakan diri bersama saudara-mara.. Ketika dikecup lembut oleh ayah ibu.. Dikendong sini sana..Dibawa merata-rata..Ya Allah.. indahnya..
Teringat aku pada zaman persekolahan. Sewaktu Tadika.. Wah..subhanallah..bestnya..dapat bersuka ria..tak pernah fikir masalah.. Otak kanak-kanak..dibelai oleh guru..diajar ABC,123.. belajar mengeja,belajar membaca,belajar mengira..wah..mudahnya…Dihiasi pula permainan yg menggembirakan jiwa.. batu seremban,,,papan gelongsor,,,buaian,,,ice breaking,,water ice,,yang paling aku ingat ialah main tiang(entahla betul ke x)..Wah……indahnya…….
 
Hidup pada ketika itu dihiasi pula dengan belajar membaca muqadam,al-quran..Ya Allah. Rajinya zaman kanak-kanak. Indahnya… Semangatnya untuk menuntut ilmu..Cerianya..Ditambah lagi dengan zaman persekolahan sewaktu sekolah rendah..Darjah 1..Wah..sebelum belajar,baca doa bersama rakan-rakan..diaminkan bersama-sama guru..Indahnya.. Pandainya..Bijaknya..Ingat lagi memori ini.. dapat markah tinggi dalam kelas.. kedudukan nombor 1 dalam kelas..dapat naik pentas ambil hadiah. Hadiah iqra’ lagi..Wah bahagianya ibu,ayah…sukanya….Choral speaking bersama-sama rakan-rakan..Pertandingan nasyid, diikuti alunan al-quran yang dibaca bersama-sama.Subhanallah..indahnya..Hafal sifir ramai-ramai..Rajinnya kanak-kanak..segarnya otak..cerdasnya minda..Teringat pula ketika darjah 6..UPSR sedang menanti.. Tiap-tiap hari membaca yasin bersama rakan-rakan dan guru.Solat hajat bersama-sama…Ingatnya pada Allah..Qiamulail bersama rakan-rakan dan guru.. Banyaknya libatkan diri dengan kem motivasi..Ingat juga dengan aktiviti melancong bersama-sama guru..Melawat sini sana..Mengamati keindahan alam yang diciptaNya.. Bijaknya kanak-kanak..Gembira dan tenangnya jiwa..Hebatnya kanak- kanak mengamati,mengahayati alam ini..Ya Allah.. Indahnya pada ketika itu..



Diteruskan lagi kehidupan dengan memasuki alam remaja.. MasyaAllah.. jiwa remaja bergelojak.. Ada saja yang tak kena.. Ini tak kena.. Itu tak kena..Banyaknya masalah.Terasa sukarnya kehidupan.Mudah terasa. Mungkin pada ketika itu bukanlah hidup di alam yang nyata. Fikiran cetek.. Walaubagaimanapun, masih ingat Allah yang esa. Cuma kadang-kadang emosi remaja terusik… 13-15 tahun… wah .. hidup macam tak sempurna. Kadang-kadang terlalu leka dengan syaitan dunia. Hasutan dengan dunia yang penuh dengan penipuan. 16 tahun. Emosi remaja kembali normal. Pandai berfikir tapi masih ada sisa-sisa kurang berfikir. Tapi sudah pandai yang mana baik atau buruk.. Alam realiti atau fantasi? Sudah pandai membezakannya. Sedang belajar tentang kehidupan.. Sedang mencari pengalaman hidup.. Kehidupan yang agak stabil dan terkawal.. Sudah pandai mendidik diri sendiri. 

Ketika berumur 17 tahun sehinggalah hari ini 18 tahun 2 bulan 16 hari..  Terasa lebih matang dengan kehidupan . Lebih faham erti pengalaman, erti dugaan, erti ujian.. Dapat menerima segala ujian dengan reda.. Dapat mendidik diri dengan lebih bijak. Emosi remaja stabil berbanding sebelumnya. Lebih menghayati ciptaanNya. 



 




   





Semakin hari, semakin dewasa. Mengajar aku erti hidup di dunia. Memberi aku peluang untukku menuju kejalanNya. dan,….. yang aku paling sedar ialah… wah… Semakin dewasa semakin jauh bersama keluarga tercinta. Walaupun jauh jaraknya, tetapi dekat dihati ini. Tidak ku lupa mereka di rumah. Biarlah rindu ini tersemat di hati agar terasa kasih sayangku terhadap ayah ibu.wah… dah dewasa rupanya anak mak ayah…
Bila direnung kembali semakin sukar dan mencabar hidup. Belajar tak semudah yang disangka.Tak semudah Tadika. Tetapi itulah perasaan sebagai seorang pelajar. Tapi bila difikirkan kembali, sewaktu tadika ABC juga dianggap sukar. Sebenarnya sama sahaja. Mungkin sesuatu yang baru memanglah sukar. Tapi jika sentiasa mengaplikasikannya… InsyaAllah ia sangatlah mudah.. Tidaklah sesukar yang disangka..Semangat dan keyakinan mestilah perlu ada dalam diri. Hidup dirantauan bukanlah mudah. Susah,senang bersendirian.. Walaupun dalam ‘handphone’ sentiasa ‘happy’. Hanyalah bersembunyi tentang perasaan hati. Tidak mahu keluarga bersedih hati.. kerna ku tahu…….. semua itu sebenarnya adalah perkara biasa sebagai student.Sentiasa mengingati insan-insan tersayang. Adik-adik….ibu….ayah…Ketika menjalani hari-hari yang sukar terasa ingin mendekati mereka. Tetapi itu hanyalah perasaan. Perjuangan mesti diteruskan. Mesti tabah menghadapi segala dugaan..
Hati tidak terlalu gelisah kerana adanya Dia pencipta yang esa. Allah s.w.t ..Aku tahu Dia sentiasa menemaniku ketika susah atau senang.. Allah sentiasa nampak corak kehidupanku..Allah selalu bantu permudahkan urusanku..Sedih,gurau senda,ketawa sentiasa bersama Dia yang esa.. Indahnya kehidupan…


Lengkapnya hidup bila diuji,diduga,perasaan sedih,gembira..Ya Allah.. Indahnya Kehidupan..Banyaknya memori..Banyaknya kenangan..Berjuta-juta kenangan pahit dan manis..Indahnya lakonan hidup.. Indahnya drama kehidupan..Harga kehidupan yang tidak ternilai.Indahnya hidup dalam ajaran islam.. Bertuhankan Allah s.w.t dan pesuruhNya Nabi Muhammad s.a.w.. Di ajar untuk tabah,sabar dan reda dalam kehidupan.. Subhanallah. Ya rabb.. Aku reda dengan segalanya kerana aku tahu.. Allah telah berfirman:

 “Telah merasai manisnya keimanan orang yang reda kepada Allah sebagai tuhannya, Islam sebagai agamanya dan Muhammad sebagai nabi anutnya’’.
(nota kaki: tak ingat ni surah apa ==’)



Cetusan hati,
NURUL AZWA BT JAMIL


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...