Ahlan Wasahlan


Thursday, March 10, 2011

Kembara ini..


KEMBARA

Kembara ini mengajar aku,
Mengajar aku ajaranNya,
Mengajar aku keindahan Islam,
Mengajar aku erti kesabaran.

Kembara ini membuatkan hatiku tangis,
Tangis kerana ingin mendekatiNya,
Tangis kerana gembira hidup dalam Islam,
Tangis kerana sedar akan kesilapanku,
Tangis kerana rindu Dia,penciptaku.

Kembara ini memberi Hidayah kepadaku,
Secebis cahaya menerangi kegelapan,                 
Nur yang menuju ke jalanNya,
Mendekati Allah S.W.T,
Mencontohi Rasul S.A.W,

Kembara ini mengajar aku erti kekukatan,
Kekuatan bila aku jatuh,
Kekuatan bilaku alpa,
Kekuatan bila hatiku tangis,

Kembara ini memberi aku keinsafan,
Insaf dengan kesilapanku,
Kesilapan silamku,
Kesilapan seorang hamba yang hina ini.

Kembara ini membuatkan aku,
Sentiasa mengharap belas daripadaNya,
Sentiasa mengingati dan merinduiNya....

Ya Allah.. Dosaku bagaikan pepasir dipantai.. Ampunkan dosa hambamu ini Ya Allah..  Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar..  
Aku impikan syurgaMu wahai penciptaku.. Dahagakan kasih sayangMu.. Semoga aku sentiasa diberi petunjuk olehMu Ya Allah..  Allhamdulillah atas nikmatMu keatasku..

Diriwayatkan, ada seorang sahabat yang berkata kepada Rasulullah Saw: “Ya Rasulullah S.A.W, aku mencintaimu”, maka Rasulullah S.A.W bersabda:“Bersiaplah engkau untuk menghadapi kefakiran.” Sahabat tadi berkata lagi: “Aku mencintai Allah S.W.T.” Jawab Rasulullah S.A.W: “Bersiaplah engkau untuk menghadapi ujianNya”.




Cetusan hati,
NURUL AZWA BT JAMIL

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...