KENAPA KITA SUKA MENGELUH?
Kenapa kita suka mengeluh?
Sebab kita tak pernah berfikir dengan waras.
Kita tak pernah nak bersyukur.
Kita tak ingat Allah.
Kita tak ingat yang Allah selalu bersama kita.
Situasi A :
Aduhai, kenapa la makanan ni tak sedap…? Kenapa la nasi lemak ni tak sedap..? Tak ada selera nak makan lar…..!!.. Pastu kita makan tak habis atau buang nasi tu.. membazir!..
Tapi kita tak fikir yang..
Ada orang lain tak dapat nak makan…. Tidak ada duit untuk makan.. . Ada yang mengemis untuk nak dapatkan makanan harian.. Penduduk Palestin yang tidak dapat makanan secukupnya .. Kita ada makanan tapi disebabkan tak sedap kita buang makanan tu.. Kita tak besyukur.. Kita hanya pandai mengeluh.. Kita membazir.. Kita ikut amalan syaitan..
Jadi macam mana nak buat?
Kalau kita dah tidak sanggup sangat nak makan makanan tu, apa salahnya kalau kita bagi makanan tu pada kucing ‘ke’ ayam ‘ke’.. tak pun cubalah sedapkan makanan tu..
Situasi B :
"Ish… tren ni panas la.. bas ni panas la.. ! .. Lembab punya bas! .. Tren ni dah la lembab,..letih aku! .."
Tapi kita tak ingat yang...
Ada orang lain terpaksa jalan kaki untuk ke sesuatu tempat.. Tidak ada wang untuk naik bas/ naik tren.. Dia terpaksa gunakan tenaga dan berjalan kaki dengan cuaca yang panas.. Kita tak ingat yang orang jalan kaki tu lebih lambat daripada kita..
'Bila baca situasi B mesti ada yang cakap .. ada ke orang jalan kaki..? kat KL ni rasanya tak da kot.. jawapan saya.. “ada”... masalahnya saya pernah nampak.. orang tua lagi.. pernah berbual lagi.. sedih ana dengar,.. (akn diceritakan tentang si tua ini di entry akan datang.. InsyaAllah)
Pastu mesti anda cakap..“ala... setakat seorang, dua orang tu apa la sangat“... tapi anda tak terfikir ke.. walaupun seorang,dua orang.. kan tetap ada orang yang lebih susah dari kita…
Kalau macam tu apa kita nak cakap?
cakap la ..Alhamdullilah.. aku masih ada wang untuk naik tren/bas.. Masih ada kenderaan untuk dinaiki.. tak perlu guna tenaga yang banyak.. Alhamdulillah..
Situasi C:
”Aduhai.. pergi kelas.. kena jalan kaki pulak.. letih la.. penat la hari-hari macam ni.. “
Sedangkan kita tak ingat.. yang ada orang lain tak senasib dengan kita.. dia tak dapat sambung belajar macam kita.. dia langsung tak dapat pergi kelas..
Sepatutnya...
Kita jangan mengeluh.. kita patut bersyukur.. Allah berikan kejayaan buat kita untuk sambung belajar.. Allah beri peluang kepada kita untuk terus belajar.. Allah masih berikan kesihatan yang baik untuk kita jalan kaki ke kelas.. Sedangkan ada orang lain tengah sakit di hospital.. tak dapat nak sambung pelajaran.. Kita masih punya kaki untuk jalan ke kelas..
Lagipun..
Jangan la mengeluh.. sebab.. setiap langkah kita untuk menuntut ilmu banyak ganjaranNya..
Yang pertama, sudah tentu dapat pahala.. contohnya, bayangkan satu langkah bersamaan 100 ganjaran pahala, kalau beribu-ribu langkah dah berapa banyak pahala kita dapat?,,.(haa.. kira la sendiri.. )
Yang kedua, sekurang-kurangnya kita sentiasa sedar bertapa susahnya untuk nak dapat sesuatu ilmu.. so, kita lebih semangat untuk belajar,,..lebih berusaha.. lebih menghargai apa yang kita dapat..
Sedangkan.. orang yang ada kenderaan tu tak dapat apa yang kita rasa.. dia ada kelebihan, kita juga ada kelebihannya.. Jadi bersyukurlah kita kepada Allah.. Janganlah kita mengeluh.. Banyak lagi perkara atau situasi yang kita banyak mengeluh berbanding bersyukur.. cuba kita muhasabah diri kita semula.
Allah telah berfirman:
”Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan, dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur akan nikmatKu“ (Al-Baqarah 2:152)
Kita sebagai hambaNya perlu berfikir sebelum bertindak. Marilah kita sama-sama muhasabah diri kita kembali. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberi olehNya.. Memang perkara seperti ini tak nampak rumit.. tapi hakikatnya? .. Tepuk dada tanya iman! Hanya iman kita yang tahu jawapanNya..
(wallahhu’alam)
Cetusan hati,
Nurul Azwa Jamil




No comments:
Post a Comment