Ahlan Wasahlan


Wednesday, February 23, 2011

Hampir Saja Aku Rebah..


Hampir Saja Aku Rebah…….


Ya Tuhanku,
UjianMu berat,
Hampir saja aku rebah,
Kalau tidak dibukaMu hikmah,
Terima Kasih Ya Allah,
Atas nikmatmu terhadapku,
Atas ujianmu terhadapku,
Ujian itu amat berat buatku,
Namun nikmatmu lebih berharga buatku,

Ya Tuhanku,
Aku bersyukur atas hikmah yang kau berikan terhadapku,
Ujian itu mengajar aku,
Erti kehidupan didunia,
Erti kecintaanku terhadapMu Ya Allah,
Erti adanya alam realiti ini,

Ya Tuhanku,
Sungguh indah sekali kau susun atur,
Perjalanan hidupku,
Sesungguhnya engkau maha bijaksana,
Maha mengetahui, maha pemurah,

Ya Tuhanku,
Di saat ini aku lebih kenal,
Erti kehidupan...
Erti pengalaman...
Erti penderitaan...
Erti kegembiraan..

Terima Kasih Ya Allah... kerana berikanku hikmahMu di atas ujianMu terhadapku..

Tangis tak bererti duka,
Ketawa tak bererti gembira,
Ya Rabb,
Hanya kau mengetahui segalanya,..
Aku bersyukur kerana dibukaMu hikmah,
Disaat aku hampir rebah di perjalanan mujahadah ini...


baru aku ingat akan janjiMu Ya Rahman..

" Janganlah kamu bersikap lemah dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman".
(Surah Ali 'imran: 139)





CETUSAN HATI,
NURUL AZWA JAMIL..



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...