Ku kejar keredhaan,
Ku kejar impian,
Argh..Impian yang tak ku pasti,
Ya Allah,
Penuhi impianKu,
Sungguh hina diri ini,
Kerna..
impianKu nak dipenuhi,
Tapi..
PerintahNya?
Adakah aku memenuhi?
Argh.. memang diri ini pentingkan diri..
Dosaku yang memenuhi diri!
Ya illahi,
Jadikanlah hambaMu ini hamba yang sentiasa bertaubat,
Sedarkanlah aku bila aku alpa,
insafkan aku bila aku leka,
bimbinglah aku bila aku lupa,
Bila aku kejar impian,
Biarlah Kau bersama,
kerna..
Biarku tahu,
Seandainya ditakdirkan impianku hanyalah angan,
Akanku terima seadanya,
Seandainya ia menjadi kenyataan,
Akanku genggam erat impianku itu,
Akanku guna ia sebaiknya,
Ya Allah,
Aku bersyukur dengan adanya diriMu,
Akanku gapai impianku bersamaMu,
Akanku kejar impianKu sepantasnya,
Tanpa melupakanMu,
Aku amat memerlukanMu,
Argh.. itu Cuma impian..
Aku lebih memerlukanMu berbanding impianku..
Ya Allah,
Ikhlaskan hati ini,
dalam mengejar impian,
impian yang akan menjadi kenyataan,
bukanlah impian yang hanya tinggal angan..
CETUSAN HATI,
NURUL AZWA JAMIL..

No comments:
Post a Comment