Assalamualaikum buat sahabat dan pembaca yang disayangi Allah.Maaf buat sahabat yang sentiasa menziarahi blog saya. Sudah lama saya tidak melakarkan ayat-ayat di sini. Ramai sahabat yang bertanya bila nak penuhkan entry di blog? Sekali lagi saya ingin memohon maaf. Mungkin saya terlalu sibuk hingga tidak sempat untuk memenuhi ayat-ayat saya di sini. Mungkin itu satu alasan kepada diri saya. Mungkin juga ini kelemahan saya yang tidak pandai membahagikan masa saya yang ada.Saya adalah makhluk Allah yang lemah dan banyak kekurangannya. Benar kata Allah “Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta yang saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”. Inilah kelamahan diri saya. Saya tidak pandai untuk membahagikan masa yang ada. Sedangkan 24 jam sehari sangatlah lama masanya untuk kita menjalani kehidupan seharian. Allah itu maha bijaksana. Dia telah memberikan masa kepada kita untuk beribadah kepadaNya siang dan malam. Allah telah memberikan kita masa untuk beriadah, bekerja,belajar,tidur,makan dan minum.
Tapi, adakah kita manfaatkan masa yang ada? Adakah kita menggunakan masa kita dengan baik? Adakah kita menghargai masa kita? Tepuk dada, tanya iman kita. Benar kata pepatah melayu “ Masa itu emas”. Masa itu amatlah bernilai. Kadang-kadang kita tersalah menggunakan masa.Kita hanya berbual kosong. Kita hanya pandai mengumpat sini sana. Kita hanya suka melewat-lewatkan masa untuk beribadah kepadaNya. Kita lewat-lewatkan solat kita. Kita lebihkan aktiviti yang tidak berfaedah berbanding mengingati Allah s.w.t.
Mari kita muhasabah diri kita semula. Mari sama-sama menggunakan masa kita dengan sebaiknya. Memenuhi masa kita dengan perkara yang bermanfaat. Mari kita sama-sama beribadah kepadaNYa. Hati kita sihat? Solat kita bagaimana? Adakah 5 waktu kita menunaikannya? Cukupkah kita menunaikannya sehari semalam? Bagaimana pula iman kita? Istiqamahkah kita dalam melakukan ibadah? Ya Allah bukalah pintu hati hamba-hambaMu ini. Sesungguhnya setiap denyutan nadi dan jantung kami amatlah memerlukanMu ya Allah. Manusia dimanakah kamu ketika azan berkumandang? Dimanakah kita ketika Allah menyeru kita? Di kedai kopi mengorat awek sehingga lupa tanggungjawab sebagai seorang hamba, anak dan bapa? Di depan rumah mengata sini sana? Apa yang kita dapat? Jangan ego wahai manusia. Kita punya Allah. Jangan hanya seronok di dunia.Anda tidak mahu gembira bila berada di akhirat kelak? Buka minda kita. Jangan sombong dengan Allah. DIA pencipta kita. Malulah kepadaNya. Kita hanyalah seorang hamba. Jom sama-sama kita berdoa agar Allah beri petunjuk terhadap diri kita. Sesungguhnya setiap perubahan akan dapat berjuta kebaikan . Setiap istiqamah adalah satu kemenangan.
Percayalah setiap saat kita mengingatiNya , setiap detik jugalah Allah akan mengingatiMu. Jom kita jadi islam yang sejati. Bukan hanya pada kad pengenalan dan percakapan. Tapi, biarlah melalui perbuatan, pengakuan dan setiap tingkah laku kita terhadapNya dalam kehidupan kita. Anda mahu neraka? Tidak mahu syurga? Bukankah neraka itu seksa? Tapi, mengapa kita berusaha untuk ke tempat yang akan menyakitkan kita ? Sedangkan syurga itu indah untuk kita. Bukankah Allah dah berfirman , dalam surah Ali ‘Imran ayat ke 133 : “Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhan-mu dan mendapatkan syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang- orang yang bertakwa”. Sahabat, teman, wahai diri yang menaip dan yang membaca marilah muhasabah diri kita.
Marilah kita berfikir sejenak. Adakah selama ini kita berusaha untuk menuju ke neraka yang durjana? Jika ya, marilah kita berusaha. Berusaha ke mana? Ke syurga laa.. Tanya lagi? Pelempang diri sendiri.. (“Dah tahu syurga itu indah, cantik tak nak lagi.. bukankah eeeeeeee (xcerdik=bodoh) namanya tue?” Dah tahu neraka tu panas nak masuk jugak? “eh.. fikir la dulu.. kalau kena matahari sikit pun dah mengeluh .. inikan neraka.. nak ke?“ Rugi laa.. ish3x..
Jom kita relax otak dengan dialog bawah nie :
Pada satu hari, 3 orang sahabat sedang berbual-bual di sebuah warung kopi.. ketika pertengahan perbualan mereka.....
Ahmad : Sahabat, teman, marilah muhasabah diri kita semula . Marilah kita berfikir sejenak.
Adakah selama ini kita berusaha untuk menuju ke neraka yang seksa?
Adakah selama ini kita berusaha untuk menuju ke neraka yang seksa?
Muaz : (dalam hati berkata) kalau ya pun. Kau peduli apa . kubur masing-masing laa.
Ahmad: Bukankah neraka tue panas?
Amir : (dalam hati berkata)Mana kau tahu. . cakap je tue.
Ahmad : sahabat, teman jangan kita bongkak, sombong dengan Allah. Bukankah kaki, tangan dan seluruh anggota badan kita milik Allah? Bukankah Allah yang menciptakan kita. ? Bukankah Allah yang mencipta seluruh alam semesta ini? Jadi siapa yang lebih berkuasa?
Muaz & Amir : (dalam hati berkata lagi) Allah.. Allah.. Allah..
Ahmad : Bila kita susah , siapakah yang kita sebut?
Muaz& Amir : Allah..
Ahmad : Tapi kenapa ketika susah je? Kenapa hanya menyebut je? Perbuatan macam mana?
Muaz& Amir : Astaghfirullah..
Ahmad : Jadi bila kita sedar, Allah adalah segala-galanya marilah kita menuju ke jalan Allah..
...Sedang Ahmad bercakap hati muaz terdetik ( bagaimana nak menuju ke jalan Allah?) ...
Ahmad : Sentiasalah kita mengingati Allah pada setiap masa dan waktu tak kira susah atau senang.
Malulah kita kepada Allah. Allah kan sentiasa melihat kita. Selangkah kita rapat padaNya,
Seribu langkah rapatnya Dia terhadap kita.
Tiba-tiba Amir bersuara.....
Amir : Eh, Ahmad kau ni biar betul.. mana kau tahu selangkah kita rapat pada Allah ,
seribu langkah Allah rapat pada kita?
seribu langkah Allah rapat pada kita?
Ahmad: (hehehe ) kan bila kita solat, kita akan berdoa pada Allah.. Allah akan mendengar dan melihat setiap perbuatan dan keluhan kita.. Allahkan maha melihat & mendengar. Lupa ek. InsyaAllah, doa kita akan diterima& dimakbulkan Allah.
Amir: (dalam hati berkata) ya Allah .. ampunkan dosa-dosaku.. bukakan pintu hatiku..
Muaz : Indahnya islam.. dalam hati berkata pula ‚“sungguh bongkak diriku selama ini“ ..
Eh.. sudah2x laa tu relax otak.. hehe.. haa Melalui dialog di atas..jadi, siapakah yang membuka hati insan-insan yang sedar akan kelemahan diri ? Siapakah yang memberi petunjuk ketika kita mengingati Allah?
Sudah semestinya Allah yang membuka hati-hati manusia. Allah jua yang memberi petunjuk terhadap manusia.. Hebatkan Allah? Subhanallah… Tak tercapai dek akal memikirkan kehebatan Allah s.w.t.. Indah dan cantiknya kalimah Allah.. Sayangnya Allah terhadap kita.. Jom berubah? Jom laa.. iiiingat!.. Allah dah berfirman “dan juga orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri,segera mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui”.
So, tunggu apa lagi?... moh la kite bertaubat...
Semoga Allah memberi hidayah kepada yang menulis dan yang membaca serta seluruh umat islam.. Sesungguhnya aku adalah seorang hamba yang lemah dan tiada yang indah selain Allah s.w.t dan dialah idolaku Muhammad S.A.W.. Alhamdulillah .. Semoga penulisan ini memberi infak kepada kita bila berada di akhirat nanti.. semoga Allah membuka hati insan-insan yang membacanya :) .. Sama-sama kita saling mendokan antara satu sama lain.. Wallahualam.. :)
Awak?? Awakk?? Awak laaaa .. yang da habis baca tu.. waa comelnye awak.. doakan kita ye?..
CETUSAN HATI,
NURUL AZWA JAMIL..










No comments:
Post a Comment