Aku mahukan dahi yang selalu sujud pada illahi,
Aku mahukan mata yang sentiasa lihat kalimah Allah s.w.t,
Aku mahukan kening yang basah dengan air wuduk yang sentiasa suci,
Aku mahukan hidung yang berbaukan mawar yang mewangi,
Aku mahukan muka yang sinarnya nur dari illahi,
Aku mahukan mulut yang sentiasa mengalunkan ayat-ayat suci al-quran,
Aku mahukan lidah yang tidak kelu mengucapkan kata-kata indah dari illahi,
Aku mahukan rambut yang sentiasa bersembunyi dan malu,
Aku mahukan tangan yang selalu memberi,
Aku mahukan hati yang sentiasa berzikir pada illahi,
Aku mahukan jiwa yang sentiasa tenang,
Aku mahukan perut yang dipenuhi makanan yang halal,
Aku mahukan jari yang sentiasa tunjuk ilmu pada diri,
Aku mahukan kuku yang sentiasa membasahi dengan wuduk yang suci,
Aku mahukan kaki yang melangkah menuju illahi,
Aku mahukan otak yang sentiasa berfikir dan berzikir,
Aku mahukan Allah sentiasa di hati,
Aku mahukan keredhaan dari illahi,........
Setiap anggota yang aku ada adalah kurniaanNya dan tanpa aku sedari ia juga merupakan nikmat dari Allah s.w.t.. Adakah aku menggunakannya dengan sebaiknya? Adakah aku mengabaikan nikmat anggota pada diriku? Setiap anggotaku ini adalah pinjaman semata-mata .. Sungguh hina diri ini .. Aku patut menggunakannya untuk menuju ke jalan illahi.. kerana... semua yang aku ada ini adalah pinjaman dari penciptaku Allah s.w.t.. Ya Allah , ampunkan diri ini kerana selalu leka dan lalai dalam menggunakan nikmatMu..


No comments:
Post a Comment